Lelaki jual mercun, bunga api ditahan polis

Hebahkan !!!

PENDANG: Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api menerusi jualan but kereta di Petronas Kampung Bukit Sekechong, di sini hari ini.

Suspek berusia 30 tahun yang berasal dari Mukim Rambai sebelum itu dikatakan mempromosi jualan bunga api dan mercun di Facebook sejak kelmarin.

Tindakan mempromosi di laman sosial mengundang padah apabila kegiatan itu dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, berkata suspek ditahan jam 5.30 petang tadi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemukan pelbagai jenis bunga api dan mercun dalam kenderaan itu.

“Antara mercun dan bunga api yang dirampas termasuklah tujuh kotak Bunga api Happy Boom Sunset, bunga api 7 Happy Boom (lapan), mercun Pop-Pop (satu) dan bunga api Candela China (satu peket).

“Tangkapan terhadap suspek yang juga peniaga itu dilakukan berikutan maklumat diperoleh dari Facebook miliknya yang mana dia menjual bunga api dan mercun secara dalam talian,” katanya di sini hari ini.

Arriz Sham berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Leave a Reply