PELAWAK JUGA MANUSIA, SHAHROL ‘SHIRO’ TURUN PADANG BANTU MANGSA BANJIR KLUANG

Hebahkan !!!

Gelaran Pelawak Bukan Penghalang Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Dikenali sebagai Shahrol ‘Shiro’ atau Shahrol Azizie Azmi tidak meletakkan jurang apabila naluri kemanusiaan menjentik hati. Pada 12 Mei lepas, beberapa kawasan di Kluang dilanda banjir dan Shahrol telah bersama Pemuda Umno Kluang dan beberapa agensi kerajaan telah menggerakkan bantuan segera bagi membantu mangsa terlibat.

Walau lebih dikenali dalam bidang seni lawak, Shahrol tidak sesekali merasakan dirinya memerlukan layanan istimewa dan sebagai ‘Anak Jati’ Kluang, beliau terpanggil bagi menghulurkan bantuan tatkala negara masih berdepan covid19. Ini antara contoh artis yang tahu meletakkan dirinya dalam masyarakat dan memberi imej baik untuk Anak Muda serta Belia di seluruh negara.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=KOiJaggzaFw[/embedyt]

 

Petikan dari garismasa facebook Shahrol –

Besarnya pahala hadir bersama besarnya ujian..Semoga semua keluarga yang terlibat dalam dugaan banjir di daerah Kluang ini tabah menghadapi dan mendapat rahmat darinya..??

Tahniah dan terima kasih diucapkan buat Pemuda dan bahagian umno Kluang,NGO,Anggota Polis dan Bomba Kluang, JPAM,Pejabat Daerah Kluang,MPK serta yang terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu mangsa yang terlibat..Semoga kita memperoleh rahmat darinya..?? #AkuBudakKluang #KitaBangkit #NeverSurrender #PemudaKluang

Leave a Reply