DBKL tutup, sita 6 lagi premis perniagaan

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup dan menyita enam lagi premis perniagaan dikendalikan warga asing secara tanpa kebenaran, melalui operasi di tiga lokasi sekitar ibu negara, hari ini.

Dalam satu kenyataan melalui Facebook, DBKL memaklumkan, operasi itu dijalankan Jabatan Penguatkuasaan di Desa Sri Hartamas, Jalan Kenanga dan Jalan Petaling.

Katanya, penutupan serta-merta dan penyitaan membabitkan tiga premis pemborong pakaian, dua kedai runcit dan sebuah restoran.

“DBKL sedang melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti aktiviti perniagaan yang sengaja disewakan kepada warga asing.

“Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) DBKL mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Tindakan dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu lagi.

Leave a Reply