COVID-19: Buktikan pada dunia kita boleh putuskan rantaian penularan – Dr Noor Hisham

Hebahkan !!!

PUTRAJAYA, 12 Mei — Mari buktikan pada dunia bahawa kita boleh mencipta sejarah dengan memutuskan rantaian penularan COVID-19 dan menghalang gelombang kedua wabak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Setelah China dan Korea Selatan kembali mencatatkan kes positif baharu, beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk memastikan trend yang sama tidak akan berlaku di sini, memandangkan sekarang kerajaan telah melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada PKP Bersyarat (PKPB)

“Kita perlu bersatu. Jika kita semua memainkan peranan masing-masing, saya pasti kita dapat melakukannya. Malaysia Boleh! ” katanya dalam sidang media hariannya mengenai situasi COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini, beliau dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa pematuhan orang ramai terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) di bawah PKPB yang baharu adalah hampir 90 peratus.

“Kita mungkin perlu memberi fokus pada baki 10 peratus. (Tambahan pula) sekiranya industri kita, pasar raya mematuhi SOP, saya pasti kita dapat menurunkan lagi kes ini, ” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply