“LUPA PASSWORD DAN HILANG TELEFON” – PATRICK TEOH DISAMBUNG REMAN POLIS JOHOR

Hebahkan !!!

Alasan Zaman Buta IT Digunakan, Reman Bersambung Untuk Siasatan Lanjut

Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan memaklumkan tempoh tahanan reman terhadap seorang selebriti radio Patrick Teoh disambung selama 3 hari lagi.

Ayub juga memaklumkan suspek tidak memberi kerjasama sepanjang siasatan serta mendakwa beliau lupa ‘password’ selain kehilangan telefon bimbitnya sehari sebelum penahanan kerana menaikmuat satu kapsyen di laman media sosial menghina Tengku Mahkota Johor.

“can anyone workout what this prince fler is trying to achieve with his video? If your initial reaction to watching it is What The Fuck!!! You’re spot on. Niamah” – Patrick Teoh

Sehubungan itu selebriti tersebut ditahan reman dibawah seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.

Oleh kerana keengganan suspek memberi kerjasama, pihak penyiasat memohon agar perintah reman dilanjutkan semasa sidang media di IPK Johor.

Patrick sebelum ini pernah juga menaikmuat kapsyen yang menghina agama lain serta cuba membangkitkan sikap Anti-Islam. Dalam carian, pihak kami menemui kapsyen beliau turut menghina Quran dengan kata-kata kesat. Justeru itu wajarlah beliau dihukum dengan setimpal untuk memberi pengajaran kepada netizen agar tidak memainkan sentimen Bangsa dan Agama di Malaysia.

Rukun Negara

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang Undang
  • Kesopanan Dan Kesusilaan

 

Leave a Reply