Lima wanita antara ditahan disyaki terlibat kegiatan pelacuran – Polis

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Seorang lelaki tempatan bersama-sama lima wanita warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, serbuan berkenaan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, berikutan pihaknya menerima laporan berhubung kegiatan pelacuran di premis berkenaan.

Beliau berkata, dalam serbuan pukul 5 petang itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan disyaki penjaga kaunter premis itu, selain lima wanita warga asing yang mengaku sebagai pekerja premis, masing-masing berusia 30 hingga 52 tahun.

“Polis juga menemui pelbagai jenis barangan yang disyaki digunakan untuk aktiviti pelacuran, semasa serbuan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, 39(b) Peraturan Imigresen dan 55b Akta Imigresen 1959/63.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut ke atas kesemua suspek bagi melihat sejauh mana penglibatan mereka terutama dalam aktiviti pelacuran di kawasan Petaling Jaya,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply