PKR DALAM ZON PEMBERSIHAN ‘ETNIK TROJAN’, PPBM AKAN KEMBALI KE PANGKUAN PAKATAN HARAPAN?

Hebahkan !!!

Akhirnya Hanya ‘Mereka Dan Keluarga Mereka’ Kekal Dalam PKR

 

Parti Keadilan Rakyat yang berusia 21 tahun kini dikatakan sedang berdepan krisis kecelaruan arah politik apabila bertindak memecat 348 serta menggantung 285 ahli PKR. Mereka yang terlibat dalam ‘pembersihan etnik politik’ besar-besaran ini boleh dikatakan adalah mereka yang masih ‘setia’ kepada satu kumpulan yang dikenali sebagai ‘Kartel’.

Krisis dalaman PKR dipercayai bermula sejak mereka bersama 3 parti lain membentuk gabungan menjadi Pakatan Harapan dan memenangi Pru14. Presiden PKR ketika itu, Wan Azizah hanya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan tidak diberikan kementerian kanan dalam kabinet. Desas-desus ketidakpuasan hati sebahagian besar ahli PKR berlegar mempersoalkan bagaimana mereka (PKR) berkorban membenarkan logo digunapakai gabungan Pakatan Harapan tetapi apabila pembahagian jawatan tidak memberi keutamaan kepada PKR sekaligus tidak menunjukkan rasa hormat kepada Wan Azizah selaku Presiden. Apabila Tun M dipilih sebagai PM Ke-7 menambahkan kelukaan ahli PKR yang mempersoalkan bagaimana sebuah parti yang hanya ada 13 kerusi (ketika itu) boleh diberikan jawatan tertinggi dan berkuasa penuh menentukan siapa berada di mana dalam kabinet. Walau mereka (PH) cuba menampakkan ketenangan di permukaan, pergolakan bawah bertambah hebat apabila Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen setelah memenangi Prk Port Dickson apabila kerusi tersebut dikosongkan bagi memberi laluan kepada Anwar. Selepas itu semuanya bermula dengan ingatan perjanjian peralihan kuasa bila mencapai tempoh 2 tahun selepas PH membentuk kerajaan.

Menyedari kemaraan Anwar sukar disekat ditambah sokongan sekutu lain dalam PH, tiada jalan lain bagi menyekat Anwar melainkan meletakkan ‘trojan kecil’ bagi mengucar-kacirkan kekuatan PKR dan bermulalah apa yang dikatakan ‘Kartel’. Pergerakan licik dalam menarik sokongan sebahagian besar ahli PKR untuk tidak bersama Anwar dijalankan secara lancar dan akhirnya berjaya memecahkan penguasaan total Anwar dalam PKR. Selebihnya telah tercatat dalam sejarah politik negara apabila Pakatan Harapan tumbang selepas 22 bulan memerintah Malaysia.

Kini, Anwar dinobatkan sebagai Presiden Pakatan Harapan menggantikan Tun M yang masih kabur kedudukannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Beliau (Anwar) turut dikatakan telah bersedia untuk diangkat sebagai PM Ke-9 sekiranya undi tidak percaya dibawa ke sidang parlimen yang dijangkakan akan berlangsung pada 18 Mei 2020. Menjelang sidang pelbagai spekulasi timbul dan ada dakwaan menyatakan KKM turut dipergunakan bagi menyekat sidang apabila mengesyorkan kepada kerajaan agar sidang dilakukan hanya sehari berikutan wabak Covid19 yang masih berlaku dalam Malaysia. KKM bagaimanapun menafikan mempengaruhi kerajaan dalam menentukan sidang parlimen dan menyatakan pihak KKM hanya memberi cadangan serta tidak mencampuri urusan berkaitan sidang dewan.

Pemecatan dan penggantungan ahli PKR pada skala besar hari ini dilihat sebagai satu bentuk amaran kepimpinan Anwar kepada saki baki kartel yang masih berbelah bahagi samada meneruskan sokongan kepada Presiden atau memilih untuk berlegar sebagai ‘gentayangan politik tanpa parti’. Mereka juga perlu berhati-hati kerana tiada jaminan kartel yang disokong akan terus mendapat manfaat politik dan akan kekal dalam arus perdana tanpa tentangan dari parti yang kartel sertai. Berjaya menjadi ahli bukan tiket untuk diberikan heraki tertinggi dalam parti baru kerana sudah pasti ada tentangan dan rintangan baru perlu dihadapi. Dilemma mereka ini digunakan dengan baik oleh Anwar untuk menunjukkan karisma seorang pemimpin politik yang perlu dihormati. Kekal dalam PKR dan bersama Pakatan Harapan menyambut beliau sebagai PM Ke-9.

Dalam pada itu satu kenyataan dari Timbalan Presiden PPBM baru-baru ini menyeru agar PPBM kembali ke pangkuan Pakatan Harapan memberi isyarat jelas wujud ‘new normal’ dalam kesepakatan politik bagi membolehkan PPBM kekal mendominasi kerajaan apabila Anwar berkuasa kelak. Siapa tahu ada ‘belakang tabir’ menjanjikan kedudukan untuk PPBM jika bersetuju memilih kembali semula kepada Pakatan Harapan kerana kerajaan sekarang hanyalah bersandarkan kerjasama ahli parlimen serta kepercayaan untuk Tan Sri Muhyiddin mentadbir Malaysia tanpa ikatan parti politik samada BN, PAS dan PPBM serta GPS dalam bentuk kukuh seperti Pakatan Harapan.

Kejanggalan pasti akan berlaku dalam parlimen kelak apabila pemimpin dari satu parti politik akan berada dalam kedudukan berbeza, satu dipihak kerajaan manakala satu pihak lagi memilih bersama pembangkang walau tidak diiktiraf Pakatan Harapan sebagai sebahagian daripada mereka. Inilah kelebihan Anwar dalam melonjakkan dirinya melebihi bekas mentornya Tun M dalam berpolitik. Usah dilupa Anwar kini mempunyai DAP dan AMANAH dibelakang beliau dan tidak mustahil sebahagian PPBM akan turut bersama beliau untuk kepentingan dan kelangsungan politik mereka. Jalan terakhir mengelak kekecohan atau gangguan kepada kerajaan sediada ialah BUBAR PARLIMEN dan pulangkan kepada rakyat hak mereka memilih kerajaan baru bagi mentadbir Malaysia 5 tahun lagi.

 

 

 

 

 

Leave a Reply