GANDINGAN PKR, DAP, AMANAH DAN SERPIHAN PPBM AKAN KEMBALI SEBAGAI KERAJAAN SELEPAS 18 MEI 2020?

Hebahkan !!!

Bekas Bakal PM Ke-8 Akan Pamer Kekuatan Sebenar Pakatan Harapan Dalam Sidang Dewan?

 

Seperti maklum sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 18 Mei 2020 walau negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani wabak Covid19. Uniknya sidang kali ini Pakatan Harapan diibaratkan umpama ‘Sirih Pulang Ke Gagang’ apabila mereka akan menduduki kerusi yang dikhaskan untuk pembangkang. Sejarah politik Malaysia menyaksikan Pakatan Harapan menjadi sebuah kerajaan paling singkat memerintah selepas memenangi Pru14. Selang 22 bulan menjadi kerajaan, kini mereka kembali menjadi pembangkang sekaligus memadam impian 21 tahun Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Kekeliruan kedudukan juga akan berlaku apabila serpihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih belum jelas kemana mereka mahu pergi, samada pembangkang atau kerajaan. Tun M yang mendakwa masih Pengerusi PPBM pula dikatakan memilih untuk bersama pembangkang namun mahukah mereka yang lain dalam serpihan mengikuti beliau? Turut menjadi persoalan, adakah beliau akan diterima dalam blok pembangkang sedangkan Presiden PPBM akan berada di blok kerajaan. Mahukah Anwar kembali bekerjasama dengan Tun sebagai pasukan sebagaimana dilakukan sebelum kejatuhan PH pada akhir Februari 2020? Setelah pergelutan dalaman berlaku dalam gandingan PH, apakah Anwar akan mempercayai Tun M lagi?

Democratic Action Party (DAP) turut terkesan dengan krisis dalaman Pakatan Harapan hingga Lim Guan Eng tersungkur dari jawatannya di Kementerian Kewangan. Samada perasan atau tidak DAP seakan berdiam diri selepas PH tidak lagi berkuasa di Putrajaya. Adakah barisan DAP risau pembongkaran kebejatan yang telah dilakukan sepanjang berkuasa akan didedahkan dalam sidang Parlimen kelak? Tidak mustahil ada persefahaman berlaku antara bekas PM Ke-7 dengan DAP bagi memesongkan serangan dalam Parlimen bagi menyelamatkan mereka dari sebarang serangan soal jawap. Perlu diingat, Anwar sebelum ini tidak berada didalam kabinet Tun M dan hanyalah sebahagian daripada Majlis Presiden Pakatan atas kapasiti selaku Presiden PKR sahaja.

 

Anwar sudah tentu akan menuding segala kelemahan pentadbiran PH selama 22 bulan kepada Tun M dan DAP selain Amanah. Walau ketika itu TPM ialah Wan Azizah, beliau dilihat seperti tidak berfungsi dalam apa juga keputusan kabinet dan ini merupakan kelebihan untuk Anwar ‘memulang paku buah keras’ terhadap Tun M yang telah ‘berjaya’ menghalang cita-cita Anwar selama ini daripada direalisasikan.

Tun M sudah pasti enggan menjadikan dirinya sebagai punca keruntuhan PH manakala DAP tentu mahu Tun M menutup segala kelemahan PH selama ini. Tidak mustahil Anwar akan sekali lagi ‘Kempunan’ untuk menjadi PM Ke-9 sekiranya kerjasama antara serpihan PPBM dan DAP terjalin rapat sekaligus tidak memberi kepercayaan terhadap Anwar untuk membawa usul Undi Tidak Percaya di Parlimen. Segalanya tidak mustahil kerana Tun M mesti melindungi kepentingan serpihan yang kekal bersama beliau untuk memastikan kelangsungan serpihan PPBM dalam politik semasa. Segalanya berkemungkinan dan Anwar belum teruji dalam kekalutan seperti ini. Mampukah Anwar membawa Pakatan Harapan dan menyingkirkan pengaruh Mahathir serta serpihannya?

Dengan perkembangan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dibantu oleh Umno, Pas dan gabungan lain sebagai Perikatan Nasional semakin diterima baik rakyat ketika menangani wabak Covid19, adalah mustahil Anwar boleh menjadi PM Ke-9 seperti yang sering didakwanya. Walau kerjasama PN amat rapuh kerana hanya berpegang pada prinsip ‘Kerajaan Rakyat’, semestinya sebarang cubaan meruntuhkan kerajaan sekarang akan ditentang. Mandat Pru14 yang akan cukup tempoh matang pada tahun ini pula akan menjadi medan ujian kepada PPBM samada akan teruskan sebagai sebuah parti tunggal atau bekerjsama dengan BN, PAS dan GPS bagi menghadapi PRU15 akan datang. PPBM yang masih dalam kemelut pertandingan jawatan dalaman sudah pasti akan memberi impak berbeza sekiranya Muhyiddin yang dicabar Mukhriz kalah jawatan Presiden.

 

Apakah Anwar akan memberi laluan mudah jika Mukhriz menang jawatan Presiden PPBM dan mengembalikan Tun M sebagai PM sekali lagi? Mungkinkah DAP pula yang akan mengambil tampuk kepimpinan PH kerana Anwar kini semakin tidak digeruni kerana sebahagian besar pemimpin PKR seakan hilang kepercayaan terhadapnya berikutan pengunduran Azmin bersama pasukannya bagi memberi sokongan kepada Muhyiddin? Semua ini memerlukan pertimbangan daripada DAP dan Amanah untuk kelangsungan parti mereka. Akan berjayakah Anwar Ibrahim bersama Pakatan Harapan bersama serpihan PPBM kelak?

Leave a Reply