MCA anjur webinar antarabangsa Covid-19 “Parti Politik: Tindakan Bersepadu Memenangi Perang”

Hebahkan !!!

Kenyataan Media Pengerusi Biro Komunikasi Dan Diplomasi Antarabangsa  MCA Dr Tee Ching Seng

MCA anjur webinar antarabangsa Covid-19 “Parti Politik: Tindakan Bersepadu Memenangi Perang”

Pengerusi Biro Komunikasi Dan Diplomasi  Antarabangsa MCA Dr Tee Ching Seng berkata, bironya telah berjaya mengadakan sesi pertama siri seminar web (webinar) antarabangsa pada 22 April, dengan tema “Parti Politik: Tindakan Bersepadu Memenangi Perang”.  Webinar ini bertujuan membincangkan kerjasama di antara parti-parti politik pelbagai negara dalam menangani penularan pandemik, serta berkongsi maklumat situasi terkini dan strategi digunakan.

Menurut Ching Seng, dalam setiap sesi, bironya akan mengundang 6 hingga 7 pemimpin, pakar atau penganalisis dari pelbagai negara dan parti politik dari seluruh dunia untuk berseminar setiap minggu, bagi berkongsi pengalaman masing-masing serta membincangkan isu-isu kritikal. Usaha Malaysia memerangi pandemik boleh mendapat manfaat dari perkongsian pengalaman serta pengajaran ini.

“MCA telah berkomunikasi dengan rakan-rakan kerjasama dari Asia, Amerika Latin dan Afrika, dan bersedia pada bila-bila masa untuk bekerjasama, mengkoordinasikan sumber serta menyusun strategi antarabangsa yang seragam,” tambahnya.

Beliau menegaskan, pandemik Covid-19 yang merebak dengan pantas di seluruh dunia telah mendatangkan tekanan dan cabaran yang paling hebat terhadap kesihatan manusia sejagat serta keamanan dan pembangunan dunia. Menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, parti-parti politik utama pelbagai negara perlulah memainkan peranan masing-masing, dengan bersatu dan bergabung tenaga bagi memperbaiki kebajikan rakyat, menggerakkan pemulihan dan pembangunan ekonomi serta memelihara keamanan dan kestabilan dunia. Hanya dengan bersatu padu dan kerjasama rentas sempadan negara, barulah kita dapat mengatasi pandemik ini.

“Covid-19 merupakan pandemik yang tidak boleh diselesaikan oleh sesebuah negara. Ia memerlukan penyelesaian secara global dengan memperkasakan kerjasama di antara saintis, pakar ekonomi dan pentadbir,” katanya.

Peserta sesi pertama webinar antarabangsa termasuk Timbalan Menteri Hal Ehwal Diaspora merangkap Ahli Parlimen (MP) Azerbaijan Ramin Mammadov, MP Bangladesh Shad R A Ershad, Pengerusi Institut Sains Kesihatan Paramedik Shree Morya India Dr Ganesh Ambike, Ahli Eksekutif Pusat Partai GOLKAR Indonesia Diana Widyastuti, Timbalan Setiausaha Agung CAPDI dari Filipina Francis Menglapus serta penganalisis kanan dari Singapura Dr Michael Heng.

Leave a Reply