UGUT DAN FITNAH, NICOLE WONG BUAT LAPORAN POLIS

Hebahkan !!!

 

Ketua Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting hari ini membuat laporan polis berkenaan insiden-insiden dimana nama serta nombor telefon bimbit peribadinya tersebar (di media sosial) tanpa kebenaran dan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan memfitnah, termasuk dakwaan palsu kononnya beliau mengedarkan beras serta menjual topeng muka.

Beliau turut menerima pesanan ringkas SMS lucah dan ugutan serangan seksual terhasap dirinya dan juga anak perempuan beliau yang masih kecil.

Sebelum ini beliau memikirkan untuk tidak membuat laporan polis untuk mengelakkan penambahan beban pihak polis yang sedang sibuk di barisan hadapan, namun terpaksa melakukannya sekarang apabila keselamatan diri dan keluarga terancam.

Nicole telah membuat laporan polis petang ini di Balai Polis Petaling Jaya dan telah memberi keterangan dan maklumat berkaitan bagi tujuan membantu siasatan.

Beliau mula diganggu sejak Februari tahun ini, oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan gambar serta nombor telefonnya tampa kebenaran untuk menjual dadah serta mempromosikan topeng muka harga murah melalui Facebook.

Beliau tidak mengendahkannya pada masa itu. Malangnya pihak penjahat semakin hari semakin berani sehingga sanggup menghantar gambar-gambar lucah dan mengugut serangan seksual terhadapnya.

Beliau memohon bantuan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang berniat jahat tersebut.

Dilaporkan semalam, terdapat “netizen” yang mendakwa kononnya Nicole Wong akan mengagihkan topeng muka secara percuma, dengan mendedahkan nombor telefon bimbit peribadinya tanpa kebenaran. Beliau menganggap perbuatan ini sudah keterlaluan.

Leave a Reply