COVID-19: Jumlah pesakit sembuh catat 95 kes, melebihi kes positif baharu

Hebahkan !!!

PUTRAJAYA, 19 April — Jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad hari ini adalah 95 orang, sekali lagi melebihi jumlah kes baharu positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 84 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 5,389 kes.

“Jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj dari wad adalah 3,197 iaitu sebanyak 59.32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini, hari ini.

— BERNAMA

 

Leave a Reply